Poliklinik Komuniti Padang Rumbia adalah sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan yang terletak di daerah Pekan, Pahang.Jarak dari Hospital Pekan adalah lebih kurang 20 km.Ia menyediakan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada penduduk berhampiran seperti Kg Padang Rumbia, Paloh Hinai, Pulau Rumput, Pulau Manis, Perkampungan Orang Asli dan banyak lagi.Terdapat 6 buah Klinik Desa di bawah naungan Klinik ini iaitu Klinik Desa Paloh Hinai, Klinik Desa Temai, Klinik Desa Bandar Dua, Klinik Desa Pelak, Klinik Desa Batu 8 Lepar dan Klinik Desa Lepar Hilir 7.
Poliklinik Komuniti Padang Rumbia sendiri dipecahkan kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Pesakit Luar(Out Patient Department), Klinik Kesihatan Ibu dan Anak(KKIA) dan Pergigian.
Pesakit Luar(OPD) adalah bahagian utama yang menyediakan kemudahan pesakit luar, kecemasan, farmasi, makmal dan perkhidmatan ambulan.
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak pula menyediakan kemudahan seperti rawatan ibu mengandung, imunisasi kanak – kanak dan lain – lain.
Bahagian Pergigian adalah perkhidmatan yang tidak tetap tetapi berkala.Pegawai Pergigian akan datang setiap hari rabu minggu pertama dan ketiga sahaja.
Buat masa sekarang tiada Pegawai Perubatan Yang Menjaga di klinik ini.Pegawai Perubatan yang datang memberi rawatan adalah hanya pada hari rabu sahaja.Beliau dipinjamkan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan.
Klinik ini diselia oleh dua orang Penolong Pegawai Perubatan yang tetap.Penolong Pegawai Perubatan ini bertanggungjawab penuh ke atas Pesakit Luar bagi membantu Pegawai Perubatan.
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak diselia oleh seorang Public Health Nurse.Public Health Nurse ini juga bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Perubatan dalam menjaga klinik.
Pesakit Luar terdiri daripada :
- 2 orang Penolong Pegawai Perubatan
- 1 orang Staff Nurse
- 1 orang Pembantu Kesihatan Awam(PKA)
- 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK)
- 3 orang Pemandu Kenderaan Bermotor
- 3 orang Pekerja Rendah Am(Yang diselia penuh oleh Pembantu Kesihatan Awam)
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak terdiri daripada :
- 3 orang Staff Nurse dan Public Health Nurse
- 2 orang Jururawat Masyarakat
- 1 orang Pembantu Perawatan kesihatan
Jawatan yang belum diisi adalah :
- Pembantu Farmasi
- Juru Teknologi Makmal Perubatan